Wednesday, December 7, 2011

Cinta Wanita Soleha

Aku abdikan penulisan ini untuk
 wanita soleha yang kucintai

wahai wanita soleha
sempurnakanlah dirimu dengan
 iman dan taqwa kepada Allah S.W.T

Kau bajalah hatimu dengan
berzikir dan bermunajat
kepada Allah S.W.T

Hiasilah dirimu dengan 
budi pekerti dan adab sopan

Jadikanlah hijab sebagai 
pakaianmu yang paling utama

Aku mencintaimu kerana hatimu
maka janganlah kau kotorkan 
hatimu dengan fitnah dunia

Andai aku tersasar
bertegaslah dengan diriku 
kau bantulah aku supaya imanku tidak lentur kerana dirimu

Aku umpama seorang buta
yang langkahnya sering tersasar
jika aku bersalah kepadamu 
maafkanlah diriku

Aku harap cinta ini
bukan atas dasar nafsu 
tapi sandarkanlah cinta 
ini kerana Allah

Aku hanya mampu merancang 
tapi Allah swt yang menentukan 
jika kau ditakdirkan untuk ku
akan ku serahkan jiwaku pada mu

SEMOGA TEMPAT KITA 
HANYA DISYURGA



No comments:

Post a Comment